Sunday, February 3, 2019

Our 5th baby ~ Ahmad Nasrul Hakimi ~

Assalammualaikum

 ibu nak kongsi kan pengalaman mengandung dan melahirkan anak syurga ibu ni.. buat tatapan kakak dan abang akan datang..Blog ibu ni update pasti pasal ibu dapat baby ..

Permulaan kisah ibu tahu ibu mengandung pada awal April 2018, ibu risau sebab tak datang bulan.. Apalagi ibu wat pregnancy test.. Hasilnya positif.. mulanya ibu stress.. tak lama, ibu redha. Ni ujian buat ibu... Allah bagi rezeki anak lagi 

Ibu daftar buku merah di Klinik ibu dan anak Kg Melayu Majidee pada usia kamu 8 minggu.

Sepanjang kamu di dalam kandungan ibu, kamu aktif dan sihat. Cuma berat ibu turun dalam tempoh 3 bulan pertama. Mungkin sebab ibu puasa dan morning sickness. Selepas raya, berat badan ibu naik banyak dan nurse minta ibu check tekanan darah. Semuanya ok..

Pada mulanya doktor gan kata kamu perempuan pada minggu ke 22. Pada minggu ke 28, ibu pergi Poliklinik Tan pula .. Di klinik itu, kami dapat tau kamu boy.. ibu & ayah sangat gembira sebab abang haq ada kawan nanti. Doktor Tan teliti dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan kamu sihat. Kami bersyukur pada mu Allah.

Ibu  ada beli jus mamariam yang kawan ibu jual masa kamu dah 28 minggu dalam kandungan. Ibu minum sebotol je..

Rentetan di saat akhir mengandung dan sebelum kelahiran mu

28 November 2018
Ibu check up di klinik. Nurse check tinggi rahim ibu terlalu tinggi - 45cm. Ibu diminta untuk jumpa doktor di KK Kangkar Tebrau. Kamu diimbas oleh doktor yasmin, doktor kata air ketuban banyak - AFI 23 dan jangkaan berat kamu 3.6kg.
Doktor buat appointment untuk datang ke HSI pada tarikh jangkaan bersalin 30 November 2018.
Ibu memilih HSI sebab kakak & abang haq pun lahir di HSI.

30 November 2018
Jam 8.15 pagi

Ibu & ayah datang ke Bilik Saringan HSI. Bukaan rahim baru 1cm & masih tebal. Kamu diimbas lagi. Sama juga, air ketuban banyak dan berat kamu dijangka 3.6kg. Doktor menyarankan ibu datang pada esok hari untuk di induce. Ibu & ayah balik ke rumah.  hati ibu gusar memikirkan ibu akan di paksa untuk melahirkan kamu.  Ibu berdoa ibu dan kamu selamat dalam proses melahirkan kamu nanti

1 Disember 2018
5.30 pagi

Ibu mengajak ayah ke hospital sebab ibu dah rasa kontraksi yang kerap tapi tak terlalu kuat.

Di HSI, doktor check bukaan rahim dah buka 4cm. Ibu menunggu untuk masuk ke dewan bersalin. pada jam 8.00 pagi, ibu dapat masuk ke dewan bersalin. Doktor telah pecahkan air ketuban dan mengatakan air ketuban normal. Beberapa Doktor dipanggil untuk memeriksa kamu dan menjangkakan berat kamu 4.2kg.

Jam 8.00 pagi - 7.00 malam
Ibu dan ayah masih di dewan bersalin. Ibu sabar menahan kesakitan kontraksi dan ayah setia menemani ibu di sisi.  Tepat 7.00 malam, dua doktor datang dan membantu untuk proses kelahiran kamu. Ibu tidak berdaya untuk meneran kerana tidak makan dari pagi hingga ke malam, hanya dapat minum air sahaja.  ibu ada meminta untuk dibedah.  Seorang doktor pakar datang dan membantu lagi.. kali ini, kepala kamu telah melepasi tetapi bahu kamu sangkut. Kamu lahir tidak menangis dan kebiruan.

Kamu dimasukkan ke NICU dan ibu berada di wad. Ibu lemah sangat .. dalam hati ibu berdoa, kamu sihat-sihat aje. Hanya itu mampu ibu lakukan ketika itu. Ibu tidak dapat lihat kamu sejak kamu di lahirkan.

2 Disember 2018
8.30 malam

Itulah kali pertama ibu melihat kamu, kamu baring tanpa suara, wayar ubat berselirat dan diberikan bantuan oksigen.  Doktor memberitahu kamu bergantung 100% pada mesin oksigen untuk bantuan pernafasan.

Ya Allah, bantulah anak ku..

3 Disember 2018

Ibu dan ayah melawat kamu bersama-sama.  Doktor memberitahu kamu lemah dan doktor sedaya upaya membantu kamu.  Ibu dan ayah cuba memahami bacaan yang berada di skrin ketika itu. Dada kamu berombak laju dan jantung kamu bekerja kuat. Tangan dan kaki kamu mula kaku.

Jam 4.04ptg, ayah mesej ibu mengatakan kamu kritikal. Kami di fahamkan jantung kamu berhenti pada pukul 3 lebih, dan diberikan bantuan CPR, kamu bernyawa kembali. Jam 4.30 petang, ibu dan ayah berada disisi kamu dan kamu semakin lemah. Ibu dan ayah redha ketika itu walau berat untuk menerima kehilangan kamu. Jam 5.09 petang, kamu pergi menemui Pencipta.. Ya Allah tabahkan hati hambamu ini.

Kamu dibawa ke rumah tok wan dan Tok Ki.. Ramai saudara datang menjenguk kamu, sayang..

4 Disember 2018 

Jam 10.00 pagi, kamu di bawa ke tempat persemadian di Kebun Teh.  Ibu tidak dapat mengiringimu sebab ibu lemah dan tidak berdaya.  Ahmad Nasrul Hakimi damailah kamu bersama Pencipta, Tunggu kami sekeluarga di syurga nanti sayang..

Ahmad Nasrul Hakimi Bin Mohamad
Berat : 5.25kg
Panjang : 61cm
Lilit Kepala : 38cm

Sesungguh nya hanya Allah yang berkuasa setiap makhluknya




Saturday, September 23, 2017

Our 4th baby.. Ahmad Nasrulhaq

Mengandung kali ke 4

Period bulan 2/2017 dah lambat seminggu..  hati mula gusar.. tak kan mengandung lagi.. hahhahah

Ibu pun beli UPT untuk test sendiri.. dan hasilnya positif.. Ibu redha.. Allah beri rezeki yang tak di sangka-sangka.. masin kan mulut ayah..mau sangat anak dan Allah kabulkan..

Sepanjang mengandung Alhamdulillah ibu tak menghadapi alahan yang teruk.. Kandungan mencecah 4 bulan... ibu scan di Poliklinik Gan ( Setiap kali mengandung sini lah klinik nya.. kalau sakit pergi klinik lain... 😅😅😅 )

Due date yang KK Majidee bagi 19.09.2016.. pada minggu 28 ibu scan lagi.. baby songsang dan hati ibu mula tak senang.. mula mencari petua-petua untuk bayi pusing dalam keadaan normal.. Kak lily telah beri tips doa untuk bayi songsang dan ibu mohon pada opah supaya berdoa bayi pusing bila waktu melahirkan.. minggu 36 doktor di KK Majidee buat imbasan dan Alhamdulillah kepala bayi telah pusing ke bawah dan masuk laluan...

Hari-hari di trimister terakhir di lalui dengan berdebar (macam anak sulung plak rasanya time ni.. 😁) Ibu amek cuti awal sebab tak larat dah rasanya.. kadang rasa nak bersalin tapi boleh plak hilang sakitnya..

18 Oktober 2016 22:00

Perut dah mula rasa tak sedap.. sakit tu ada tapi tak kuat.. ibu boleh tidur..

19 Oktober 2016 02:30
Bangun tidur.. layan kan rasa sakit di perut .. berjalan ke depan ke dapur di rumah tok wan ketika tu.. ayah sedar pukul 330pagi dan mula bertanya dah rasa sakit ke? Ibu jawab dah rasa tapi boleh tahan lagi.. ayah mula risau dan ajak ke hospital.

19 Oktober 2016 04:30
Sampai di Hospital Sultan Ismail, serah diri di Bilik Saringan Dewan Bersalin dengan redha. Doktor melakukan tugas nya.. doktor bagitau dah buka 4cm dan berat anggaran bayi 3.7kg. Ketika itu, bilik bersalin penuh dan ibu diminta untuk tukar baju hospital dan tunggu giliran.. Tepat pukul 5.30pagi ibu masuk ke bilik bersalin. Jururawat memecahkan air ketuban. Air ketuban berwarna coklat kehijauan dan ibu mendengar perbualan jururawat dengan doktor. Doktor kata bagi masa dia 2 jam untuk bersalin.

19 Oktober 2016 07:30
Ibu mula rasa sakit yang kerap dan rasanya tiba masanya bayi dikeluarkan.. Alhamdulillah pukul 7.55pagi, bayi ke4 kami selamat dilahirkan..

Berat : 3.76kg
Panjang : 54cm

Nama diberi Ahmad Nasrulhaq

Nasrul berumur 9 bulan

Bersama opah ketika open house di rumah

Genap berumur 10 bulan

Bersama Siti Nabila (Mama Syadad)
Tarikh lahir dan masa lahir syadad dan nasrul sama.. manakala ibu dan mama kerja sama bumbung lain jabatan.. hebat percaturan Allah s.w t

Sunday, June 16, 2013

Our 3rd Little Princess




Nur Afifah Binti Mohamad
08 Jun 2013
Lahirlah puteri ke - 3 kami, yang comel dan bam bam..
Berat : 3.94kg 
Panjang : 51cm

Ibu nak kongsikan sedikit kisah kelahiran yang ke tiga ni.. setelah hampir 4 tahun ibu berehat..ehe

Jam 1230tghmlm (08 Jun 2013)
Ibu sedang tidur, tiba-tiba terjaga.. dan merasa perut ibu sakit memulas-mulas..
Ibu berdiri di tgh-tgh rumah sambil melihat jam..
Sakitnya terus 5 minit sekali..
dah masa nya ke? Kalau ikut tarikh due datenya 20 Jun 2013
Ibu menahan sakit dirumah sehingga la jam 2.30pagi
Ibu cuba menelefon ayah, tapi tak berjawab
Ibu kejutkan pak chu minta dihantar ke hospital

Sebelum ke hospital singgah di rumah Johor Jaya, sbb ayah tdo di rumah..
Selamat ayah pasang kan bell di luar rumah.. setelah beberapa kali, ayah pun bangun
dan bersiap-siap dengan keadaan terpinga-pinga, mungkin ayah pun tak sangka ibu akan bersalin dalam waktu terdekat ni

Sampai di hospital jam 3.30pagi, masuk ke bilik saringan.. hati berdebar-debar tapi redha jer..
Bukaan di periksa, 4cm tetapi dewan bersalin penuh ketika itu
Terpaksa ibu menunggu di bilik saringan sambil duduk di kerusi, tak tahan sakitnya ibu bangun juga berjalan-jalan..

Jam 5.30 pagi, ibu di masukkan ke dewan bersalin di bilik 11
Jururawat di bilik itu, menjalankan tugas nya..
memecahkan air ketuban dan bukaan telah buka 5cm

Ibu rasa hendak meneran..Jururawat membantu ibu..
Ayah temankan ibu ketika kelahiran Nur Afifah

Tepat Jam 6.10 pagi, Ibu selamat melahirkan..
Alhamdulillah, kelahiran ini dipermudahkan Oleh-Nya

Semoga Nur Afifah menjadi anak solehah kepada Allah, ibu dan Ayah.. ~amin3

Sunday, March 3, 2013

Persiapan Rumah Baru

Pada bulan November 2012, penyewa rumah kami dengan rasmi keluar dari rumah tersebut, apabila ada beberapa masalah antara penyewa dan tuan rumah.
Suami ku tidak sabar untuk tinggal di rumah tersebut..
ada ubahsuai untuk beberapa 'part' di rumah itu..
pintu, bahagian dapur dan bahagian ruang tamu..

Hampir 90% rumah kami siap, tinggal cat di beberapa bahagian lagi...
barang-barang rumah pulak dalam pencarian... ehe

Nanti saya upload beberapa gambar untuk tatapan anda ..
Sekian

Sunday, September 30, 2012

Hari Raya 2012 / 1433H...

Dah abes raya baru lah ibu nak update pasal raya..
(sebenarnya dah lama ibu tak meng'blog'..hihihihi)

Tahun ni, ibu dan anak-anak ibu beraya di Perak. Tempat kelahiran ibu, ayah pula tidak dapat cuti.
Ibu dan anak-anak berhari raya tanpa ayah.. sedih gak,... :'( 

Kenapa ibu tak nak beraya di Johor Bahru??? Bukan tak nak beraya di JB, memandangkan ayah bekerja 'shift malam' dan minta izin dari ayah.. Lagipun Opah ibu dikampung sakit dan dah lama ibu tidak berjumpa dengan dia. Kali terakhir ibu berjumpa pada tahun 2006, sebelum ibu berkahwin..

Ibu attach kan picture jer lah yer,,,
Johor Bahru -> Perak -> Penang -> Perak -> Johor Bahru


Hari Raya Pertama dalam perjalanan ke rumah Opah Andak

Kakak di rumah Opah Andak

Di rumah Opah Tam (opah tam mmg suka bergambar!!!)

Di rumah Opah Uda bersama Rayyan 

Perjalanan ke Penang

Penang Bridge

Posing..posing

Di Hard Rock Hotel

Capture...capture..capture

Posing manja dari adik

Jual minyak wangi di Lumut (konon-kononnya....)  (^_^)

Di Lumut


Kalau lihat-lihat gambar ni, kami bukan beraya kan... Alalng-alang di Utara Malaysia, kami berjalan sambil beraya...


Adik sakit perut!!!

Pada 12 Julai 2012, hari Khamis...
Ibu amek cuti untuk pergi ke Pasar Khamis untuk membeli baju raya untuk ibu dan anak-anak.  Seperti biasa, ibu tinggalkan kakak dan adik di rumah Tok Wan nya.. Ibu pergi bersama Mak Tam dan Mak Ngah..
Petang jam pkl 5ptg, ibu mengambil adik dan kakak. Mak usu ada beritahu hari ni adik cakap sakit perut dan tiada selera makan, Mak Usu kata adik muntah-muntah
Masa itu, ibu ingatkan adik sakit perut disebabkan angin atau nak buang air besar,,
malam itu, adik selalu mengerang sakit perut dan minta menyapu minyak di perut dengan harapan perut adik tak sakit lagi..

13 Julai 2012, Jumaat
Pada mulanya, ibu nak pergi kerja, tetapi melihat keadaan adik yg mengerang sakit perut, ibu amek cuti kecemasan dan pagi jam 1140pg ibu buat temujanji di Klinik Pakar Kanak-Kanak Lee di Taman Johor Jaya.
Doktor memeriksa keadaan adik tapi adik tak berikan kerjasama yang baik, setiap kali doktor nak sentuh adik, adik akan menjerit dan menangis.
Doktor memberitahu ibu, melihat keadaan adik, kemungkinan tidak serius dan mungkin angin di dalam perut, kerana adik boleh berjalan seperti biasa dan sesekali mengerang kesakitan. Doktor ada memberi amaran, jika berlarutan cepat-cepat bawa ke kliniknya.
Berbekal kan ubat angin, ibu cuba pujuk adik untuk makan ubat tersebut dan dengan harapan yang tinggi perut adik akan sembuh.
Malam itu, keadaan masih sama, adik sakit perut dan meminta menyapukan minyak di perutnya...

14 Julai 2012, Sabtu
Keadaan adik masih sama, mengerang sakit perut lagi!!!! Ibu dah mula risau.. Opah menyuruh ibu menuam perut adik, sebab perut adik kembung,,, adik tak nak bermain, dan hanya tidur dalam buai, setiap kali dia sakit perut, adik akan menjerit sakit!!! sakit!! sapu minyak, Ibu!!
Ketika Maghrib, tiba-tiba adik menjerit Ibu Sakit!!! Ibu Sakit!! sambil mengosok-gosok perutnya!!!! Ibu cuba tenteram kan adik, tapi adik masih menjerit, masa itu ayah tiada,, Ayah keluar untuk bermain badminton bersama kawan-kawannya. Ibu minta tolong Pak Ngah untuk membawa adik ke Klinik Fatimah di Taman Desa Harmoni.
Ketika dalam perjalanan, ibu  lihat tapak tangan adik dan tapak kaki adik dah kebiruan. Adik diam dan dalam keadaan lemah. Sampai di Klinik, adik mula muntah-muntah tak berhenti. Terima kasih pada staff klinik tu, dia berikan plastik untuk tadah muntah adik. Ibu tak sanggup lihat adik ketika itu, staff klinik bg laluan pada ibu untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor melihat keadaan adik yg amat lemah, minta ibu bawa ke Hospital segera. Doktor berikan surat iringan.  Masa itu, Ibu menangis lihat adik, ibu cuba menelefon ayah, tapi tidak berjawab.
Ibu dan Pak Ngah bawa adik ke Hospital Sultan Ismail, kerana itu satu-satunya hospital yang berdekatan.
Di hospital, adik diam dan tertidur, mungkin adik letih kerana muntah dan menahan kesakitan perut.
Guard kata adik tidak teruk dan diberikan zon hijau, geram betul masa tu... Jumpa nurse di bilik saringan, ibu beritahu apa sakit adik, nurse ambil sampel darah adik.. Masa tu juga, ayah sampai. Lega rasanya ibu...
Ibu dan ayah tunggu sehingga pukul 1 pagi sehingga giliran adik di panggil doktor, doktor di HSI memberitahu darah adik ok, dan normal. tiada masalah,, ibu beritahu anak saya sakit perut bukan demam..
Doktor memeriksa perut adik dengan hanya meletakkan tapak tangan dan ditekan-tekan, OK je,, doktor cakap..
Adik diberikan ubat untuk menambah tenaga dan dibenarkan balik..

15 Julai 2012, Ahad
Pagi itu, perut adik sangat kembung  dan adik mengerang kesakitan lagi, ibu betul-betul risau. Ibu dan Ayah berbincang untuk menanyakan pada Tok Wan, Tok Wan sarankan kami untuk bawa adik balik kampung di Batu Pahat...
Ibu dan Ayah cuba mencari orang untuk memandu kereta, tapi tiada. Ayah tekad ajak balik kampung menaiki teksi.
Pakcik teksi menyarankan kami membawa adik ke Hospital Swasta, dia cakap kalau tak de apa-apa, barulah balik kampung.
Ibu dan Ayah bawa adik ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.  Doktor yang memeriksa perut adik mengeleng kepala, dalam hati ibu berdoa, moga-moga adik tak sakit yang teruk-teruk. Doktor terus minta adik di X-ray dan akan di panggil nanti
Kali ke-2, berjumpa dengan Doktor lain, Dia marahkan ibu, kerana dia beritahu adik sekarang dalam keadaan tenat dan USUS TERSUMBAT!!!!
masa itu, ibu bagaikan tidak percaya dan adik di tahan wad... ibu menangis sedih... Adik disahkan usus tersumbat dimana apendiks telah membengkak dan pecah... Allahuakbar....
adik diberikan berbagai-bagai ubat dan adik tertidur dengan lenanya...

16 Julai 2012, Isnin
Doktor memeriksa adik dan perut adik di 'scan', hasil pemeriksaan itu, doktor sahkan usus adik dah melekat-melekat akibat nanah yang pecah...
Pukul 1 petang, adik dimasukkan ke Bilik Pembedahan, ibu iringi adik seingga adik dibius..
Ketika itu, mata ayah merah... ayah sedih dan begitu juga ibu.. Tapi demi melihat adik sihat, kami sanggup buat apa sahaja...
Pukul 3ptg, adik selamat dibedah dan doktor menunjukkan bahagian yang pecah..
Pukul 4ptg, adik dikeluarkan dari bilik pembedahan..
Alhamdulillah, syukur sangat,, semua berjalan lancar..

Adik tidak dibenarkan makan dan minum setelah pembedahan untuk memastikan perut adik bersih dan tiada lagi nanah..

19 Julai 2012, Khamis
Adik dibenarkan minum sahaja...  Dalam tempoh adik berpuasa, adik selalu minta susu dan air..
Pada waktu malam pula, ibu dan ayah bergilir3 menjaga adik...

20 Julai 2012, Jumaat
Adik dibenarkan pulang,,, Alhamdulillah

Ibu mengambil cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga adik dan memastikan adik 'berpantang'
Alhamdulillah, kini adik semakin sihat dan ceria..
Adik.. Ibu doakan adik diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.. ~amin

apendiks yang telah dipotong dan ujian makmal dilakukan
Alhamdulillah, tiada apa2 yg membahayakan kesihatan adik



Wednesday, February 1, 2012

Alhamdullilah...

Alhamdulillah kerana Allah dah permudahkan urusan kami.. Akhirnya urusan rumah kami telah selesai..
pada mulanya bercadang nak tinggal di rumah tersebut,, setelah perbincangan dibuat beberapa kali kami sepakat nak sewakan rumah tersebut pada penyewa yang telah lama tinggal di rumah itu.

suatu hari nanti kami akan tinggal di situ juga,, mudah-mudahan,,
~amin