Rasanya nak kongsi pengalaman sakit gigi yang dah lama tak di rasai..
Actually sakit gigi menyerang semasa aku dalam kursus di Negeri Sembilan.. mungkin makanan yang dihidangkan sedop-sedop belaka, hilang rasa sakit gigi ibu.
Balik selepas kursus, gigi ibu semakin sakt sehingga hilang selera makan, tapi badan tak la nampak slim..hihihihi
Walaupun sakit, makan tetap makan walaupun sedikt..
Minggu ke dua, gigi ku yang berlubang semakin parah, jika makanan terselit..
Aduh...sakitnya !!!!!
rakan-rakan syorkan supaya cabut gigi je.. seram plak aku dengar. Masa sekolah dulu, nurse swoh pergi klinik untuk cabut gigi pun aku tak pergi..
Makin dibiarkan, semakin sakit.
Ayah pun cakap cabut je la gigi tu... ermmmmmmm.....termenung panjang jugak ibu..
Ibu pun survey klinik-klinik berdekatan dengan rumah..
Akhirnya ibu memilih sebuah klinik di Taman Daya. Klinik Pergigian Rina.. Ibu ditemani ayah pergi ke klinik..
nama ibu pun dipanggil, masuk-masuk doktor tanya "gigi mana nak cabut?".
Ibu pun bagitau sambil check-up gigi ibu..
Dia kata " gigi depan kena tampal ni, nati berlubang" ibu pun kata," boleh la" dalam hati ibu ni.. dag dig dug..
takut-takut berani..
Setelah gigi ditampal, barulah proses mencabut gigi dijalankan.
Rasa sakit.. tak de pun ibu rasakan.. setelah siap.
" Tak rasa sakit pun"..hehehehe takut je lebih,
Lepas ni boleh la cabut gigi lagi..








