Saturday, July 2, 2011

Teletah anak-anak kami

Hari demi hari, ibu lihat anak-anak ibu makin  bijak.. kakak dan adik
ada saje benda yang baru dipelajari setiap hari.. adik lebih nakal berbanding dengan kakak.  
adik banyak meniru tingkah laku kakak.  Kakak seorang yang mudah mempelajari perkara-perkara baru dan mendengar kata..
Adik pula terlalu manja dan perlu mendengar kata-katanya..
Apapun anak-anak ibu bijak dan comel..

Aqilla berumur 2 tahun 8 bulan

Afiqa berumur 1 tahun 6 bulan
Ibu letak gambar anak-anak kami yang comel

Monday, May 30, 2011

Ibu Sakit Gigi !!!


Rasanya nak kongsi pengalaman sakit gigi yang dah lama tak di rasai..
Actually sakit gigi menyerang semasa aku dalam kursus di Negeri Sembilan.. mungkin makanan yang dihidangkan sedop-sedop belaka, hilang rasa sakit gigi ibu.
Balik selepas kursus, gigi ibu semakin sakt sehingga hilang selera makan, tapi badan tak la nampak slim..hihihihi
Walaupun sakit, makan tetap makan walaupun sedikt..
Minggu ke dua, gigi ku yang berlubang semakin parah, jika makanan terselit..
Aduh...sakitnya !!!!!
rakan-rakan syorkan supaya cabut gigi je.. seram plak aku dengar. Masa sekolah dulu, nurse swoh pergi klinik untuk cabut gigi pun aku tak pergi..
Makin dibiarkan, semakin sakit.
Ayah pun cakap cabut je la gigi tu... ermmmmmmm.....termenung panjang jugak ibu..
Ibu pun survey klinik-klinik berdekatan dengan rumah..
Akhirnya ibu memilih sebuah klinik di Taman Daya. Klinik Pergigian Rina.. Ibu ditemani ayah pergi ke klinik..
nama ibu pun dipanggil, masuk-masuk doktor tanya "gigi mana nak cabut?". 
Ibu pun bagitau sambil check-up gigi ibu..
Dia kata " gigi depan kena tampal ni, nati berlubang" ibu pun kata," boleh la" dalam hati ibu ni.. dag dig dug..
takut-takut berani..
Setelah gigi ditampal, barulah proses mencabut gigi dijalankan. 
Rasa sakit.. tak de pun ibu rasakan.. setelah siap. 
" Tak rasa sakit pun"..hehehehe takut je lebih,
Lepas ni boleh la cabut gigi lagi..


Thursday, May 19, 2011

Makan Besar... One Family

Sebenarnya makan besar ni dah lama pun..baru nak update, dan ada kesempatan..
Memang niat baru-baru dapat keje gomen dulu nak belanja satu family makan.. setelah 2 tahun berkhidmat
baru berkesempatan..Yer lah..masing-masing ada keluarga sendiri dan kerja kan..
Setelah memilih masa yang sesuai kami pun berkumpul dan pergi makan di Kampung Nelayan, Pasir Gudang..
Memang menarik tempatnya..kita duduk di atas air dan sambil angin sempoi-sempoi bahasa meniup..
erm...indahnya suasana..

Makanan nya pun enak-enak.. kami memilih untuk order Tomyam campur, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng, Nasi Putih da 2 jenis air.. untuk 16 orang makan termasuk la kanak-kanak..( Besar jugak dah la family kami)
Disini saya publishkan beberapa gambar untuk tatapan masa depan kelak..

ni kakak dan husbandnya (baju coklat)

 ni abang yang kedua dalam family (baju hitam), isteri dan ibu tersayang

 adik dan ehem-ehem....(kurang pasti statusnya)

 abang sulung dan isterinya..


 air untuk yang di order.... sedap tak???? nampak tak 3 org anak kecil tu.. Sedang asyik melihat ombak yang ada kat bawah...
 kailan ikan masin..ini saja yang dapat di diambil..yang lain x sempat..hehehehe
 Aqilla..comel kan..

 Afiqa dan ibu..ayah ada di sebelah ibu, cuma x muat je nak masuk masa gambar ini diambil
Tomyam Campur..enaknya..

Kalau ada rezeki lagi, boleh la makan-makan besar lagi yer..
Terima kasih kepada ayah kerana menambah wang poket untuk membayar bil makanan..

Saturday, April 9, 2011

sambungan diserang cirit birit.

Akhirnya anakku pulih selepas hari Ke-enam..
sihat dan ceria kembali..

Tetapi kesian pada zareef (anak buah) kerana berjangkit dengan penyakit ini. Memang tengok dia lemah dan kurang bermaya...

Tok wan menyuruh kami pergi membawa anak kami jumpa 'doktor' di kampung..
katanya..kemungkinan anak kami diserang sawan.. (mengikut firasat nya) bersama-sama dengan zareef sekali..

Untuk pengetahuan anda..
Suami ku orang johor..(jawa) dan mak ayahnya memang masih berpegang pantang larang yang kuat..
dan saya .. Si isteri..mak ayahku orang perak..(melayu) ada juga pantang larangnya (biasa-biasa sahaja)..

Hari ahad tu juga kami bergerak ke kampung..tapi suamiku tidak ikut kerana dia kepenatan dan nanti malam nak pergi bekerja lagi...

Mengikut kata 'doktor', anak ku, Fiqa memang dah ada sawannya dah lama..
'doktor' pun mengubati anak ku..
dan zareef pun sama mendapatkan khidmat tersebut..

Alhamdulillah..
anak ku semakin sihat dan ceria..semakin bijak


SaTu LaNgKah LagI

Sekarang kami dalam proses untuk membeli rumah...kami menggunakan khidmat ejen yang berdaftar.. sekarang masih dalam permulaan proses..
kami harap dapat berjalan lancar dan sempurna tanpa celaan..

kami masih keliru lagi untuk memilih pinjaman perumahan di bank mana yang perlu kami pilih..
Pada pandangan saya, hendak memilih konsep islamik kerana telah mendapat pandangan abang dan rakan yang lain..
Mereka berkata "memang kita rasa mahal pada permulaan bayaran, tetapi bila memikirkan dalam masa jangka panjang...kita tak lah rasa memang berbaloi"

Suami pun tengah poning nak pikir..sebab pinjaman atas nama dia nanti..

Doakan kami dapat menjalani proses ini dengan baik yer.... ;)

Thursday, March 31, 2011

Diserang Cirit- Birit....

Anak kami yg no 2 (Nur Afiqah) diserang cirit birit..

Hari Pertama
5 Kali di 'membuang'..cair mcm air diselang seli dengan kentut..
risau gak..tapi x tau nak bagi ubat ape..

Hari Kedua
aku pergi bekerja dan tinggalkan anak-anak kami di rumah nenek mereka seperti biasa..
masih tidak sihat lagi..
4 kali...masih sama bentuk najis nya..

Hari Ketiga
Aku pergi bekerja...
sudah berkurangan... 3 kali sahaja..
mak aku suruh mencari putik kelapa untuk dibuat ubat..
aku asah dibelakang ibu batu lesung dan menyapu ke perut anak ku..

Hari Keempat
berkurangan...petang tetap sama..
risau pulak rasanya..

Hari kelima..
aku pula diserang cirit birit..tapi aku tetap bekerja..

mungkin petang ni, nak beli ubat untuk hilangkan penyakit ini..

Fiqa..bertahan ye, ibu akan usahakan untuk mencari penawar..