Saturday, April 9, 2011

sambungan diserang cirit birit.

Akhirnya anakku pulih selepas hari Ke-enam..
sihat dan ceria kembali..

Tetapi kesian pada zareef (anak buah) kerana berjangkit dengan penyakit ini. Memang tengok dia lemah dan kurang bermaya...

Tok wan menyuruh kami pergi membawa anak kami jumpa 'doktor' di kampung..
katanya..kemungkinan anak kami diserang sawan.. (mengikut firasat nya) bersama-sama dengan zareef sekali..

Untuk pengetahuan anda..
Suami ku orang johor..(jawa) dan mak ayahnya memang masih berpegang pantang larang yang kuat..
dan saya .. Si isteri..mak ayahku orang perak..(melayu) ada juga pantang larangnya (biasa-biasa sahaja)..

Hari ahad tu juga kami bergerak ke kampung..tapi suamiku tidak ikut kerana dia kepenatan dan nanti malam nak pergi bekerja lagi...

Mengikut kata 'doktor', anak ku, Fiqa memang dah ada sawannya dah lama..
'doktor' pun mengubati anak ku..
dan zareef pun sama mendapatkan khidmat tersebut..

Alhamdulillah..
anak ku semakin sihat dan ceria..semakin bijak


No comments:

Post a Comment