Ibu amek cuti untuk pergi ke Pasar Khamis untuk membeli baju raya untuk ibu dan anak-anak. Seperti biasa, ibu tinggalkan kakak dan adik di rumah Tok Wan nya.. Ibu pergi bersama Mak Tam dan Mak Ngah..
Petang jam pkl 5ptg, ibu mengambil adik dan kakak. Mak usu ada beritahu hari ni adik cakap sakit perut dan tiada selera makan, Mak Usu kata adik muntah-muntah
Masa itu, ibu ingatkan adik sakit perut disebabkan angin atau nak buang air besar,,
malam itu, adik selalu mengerang sakit perut dan minta menyapu minyak di perut dengan harapan perut adik tak sakit lagi..
13 Julai 2012, Jumaat
Pada mulanya, ibu nak pergi kerja, tetapi melihat keadaan adik yg mengerang sakit perut, ibu amek cuti kecemasan dan pagi jam 1140pg ibu buat temujanji di Klinik Pakar Kanak-Kanak Lee di Taman Johor Jaya.
Doktor memeriksa keadaan adik tapi adik tak berikan kerjasama yang baik, setiap kali doktor nak sentuh adik, adik akan menjerit dan menangis.
Doktor memberitahu ibu, melihat keadaan adik, kemungkinan tidak serius dan mungkin angin di dalam perut, kerana adik boleh berjalan seperti biasa dan sesekali mengerang kesakitan. Doktor ada memberi amaran, jika berlarutan cepat-cepat bawa ke kliniknya.
Berbekal kan ubat angin, ibu cuba pujuk adik untuk makan ubat tersebut dan dengan harapan yang tinggi perut adik akan sembuh.
Malam itu, keadaan masih sama, adik sakit perut dan meminta menyapukan minyak di perutnya...
14 Julai 2012, Sabtu
Keadaan adik masih sama, mengerang sakit perut lagi!!!! Ibu dah mula risau.. Opah menyuruh ibu menuam perut adik, sebab perut adik kembung,,, adik tak nak bermain, dan hanya tidur dalam buai, setiap kali dia sakit perut, adik akan menjerit sakit!!! sakit!! sapu minyak, Ibu!!
Ketika Maghrib, tiba-tiba adik menjerit Ibu Sakit!!! Ibu Sakit!! sambil mengosok-gosok perutnya!!!! Ibu cuba tenteram kan adik, tapi adik masih menjerit, masa itu ayah tiada,, Ayah keluar untuk bermain badminton bersama kawan-kawannya. Ibu minta tolong Pak Ngah untuk membawa adik ke Klinik Fatimah di Taman Desa Harmoni.
Ketika dalam perjalanan, ibu lihat tapak tangan adik dan tapak kaki adik dah kebiruan. Adik diam dan dalam keadaan lemah. Sampai di Klinik, adik mula muntah-muntah tak berhenti. Terima kasih pada staff klinik tu, dia berikan plastik untuk tadah muntah adik. Ibu tak sanggup lihat adik ketika itu, staff klinik bg laluan pada ibu untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor melihat keadaan adik yg amat lemah, minta ibu bawa ke Hospital segera. Doktor berikan surat iringan. Masa itu, Ibu menangis lihat adik, ibu cuba menelefon ayah, tapi tidak berjawab.
Ibu dan Pak Ngah bawa adik ke Hospital Sultan Ismail, kerana itu satu-satunya hospital yang berdekatan.
Di hospital, adik diam dan tertidur, mungkin adik letih kerana muntah dan menahan kesakitan perut.
Guard kata adik tidak teruk dan diberikan zon hijau, geram betul masa tu... Jumpa nurse di bilik saringan, ibu beritahu apa sakit adik, nurse ambil sampel darah adik.. Masa tu juga, ayah sampai. Lega rasanya ibu...
Ibu dan ayah tunggu sehingga pukul 1 pagi sehingga giliran adik di panggil doktor, doktor di HSI memberitahu darah adik ok, dan normal. tiada masalah,, ibu beritahu anak saya sakit perut bukan demam..
Doktor memeriksa perut adik dengan hanya meletakkan tapak tangan dan ditekan-tekan, OK je,, doktor cakap..
Adik diberikan ubat untuk menambah tenaga dan dibenarkan balik..
15 Julai 2012, Ahad
Pagi itu, perut adik sangat kembung dan adik mengerang kesakitan lagi, ibu betul-betul risau. Ibu dan Ayah berbincang untuk menanyakan pada Tok Wan, Tok Wan sarankan kami untuk bawa adik balik kampung di Batu Pahat...
Ibu dan Ayah cuba mencari orang untuk memandu kereta, tapi tiada. Ayah tekad ajak balik kampung menaiki teksi.
Pakcik teksi menyarankan kami membawa adik ke Hospital Swasta, dia cakap kalau tak de apa-apa, barulah balik kampung.
Ibu dan Ayah bawa adik ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Doktor yang memeriksa perut adik mengeleng kepala, dalam hati ibu berdoa, moga-moga adik tak sakit yang teruk-teruk. Doktor terus minta adik di X-ray dan akan di panggil nanti
Kali ke-2, berjumpa dengan Doktor lain, Dia marahkan ibu, kerana dia beritahu adik sekarang dalam keadaan tenat dan USUS TERSUMBAT!!!!
masa itu, ibu bagaikan tidak percaya dan adik di tahan wad... ibu menangis sedih... Adik disahkan usus tersumbat dimana apendiks telah membengkak dan pecah... Allahuakbar....
adik diberikan berbagai-bagai ubat dan adik tertidur dengan lenanya...
16 Julai 2012, Isnin
Doktor memeriksa adik dan perut adik di 'scan', hasil pemeriksaan itu, doktor sahkan usus adik dah melekat-melekat akibat nanah yang pecah...
Pukul 1 petang, adik dimasukkan ke Bilik Pembedahan, ibu iringi adik seingga adik dibius..
Ketika itu, mata ayah merah... ayah sedih dan begitu juga ibu.. Tapi demi melihat adik sihat, kami sanggup buat apa sahaja...
Pukul 3ptg, adik selamat dibedah dan doktor menunjukkan bahagian yang pecah..
Pukul 4ptg, adik dikeluarkan dari bilik pembedahan..
Alhamdulillah, syukur sangat,, semua berjalan lancar..
Adik tidak dibenarkan makan dan minum setelah pembedahan untuk memastikan perut adik bersih dan tiada lagi nanah..
19 Julai 2012, Khamis
Adik dibenarkan minum sahaja... Dalam tempoh adik berpuasa, adik selalu minta susu dan air..
Pada waktu malam pula, ibu dan ayah bergilir3 menjaga adik...
20 Julai 2012, Jumaat
Adik dibenarkan pulang,,, Alhamdulillah
Ibu mengambil cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga adik dan memastikan adik 'berpantang'
Alhamdulillah, kini adik semakin sihat dan ceria..
Adik.. Ibu doakan adik diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.. ~amin
![]() |
| apendiks yang telah dipotong dan ujian makmal dilakukan Alhamdulillah, tiada apa2 yg membahayakan kesihatan adik |

No comments:
Post a Comment